CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 25, 2009

Apa itu Cinta?

Tetibe saye rase ingin nak becerita tentang cinta.. mencari erti apa itu cinta.. dan.. saya terbaca satu artikel..

"Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka."

Sebagaimana yang kita semua tau, cinta itu adalah satu anugerah yang sangat tinggi nilainya.. setiap manusia mempunyai perasaan untuk mencintai dan dicintai.. cinta itu indah sekiranya ia disemaikan dengan nilai nilai murni dan ketaqwaan pada ILLAHI.. supaya sentiasa mendapat keberkatan dari NYA..

Tidak salah untuk mempunyai perasaan cinta.. cuma kite sebagai manusia kena la tahu batasnya.. jaga lah tutur kata dan tingkah laku dalam percintaan yang dibina.. carilah cinta yang diredhai bukan la cinta kerana nafsu semata semata.. Percintaan bukan la sesuatu yang untuk dipersendakan. .Ia perlulah dibina atas dasar kerjasama.. semoga kebahagiaan bekekalan hingga ke akhirnya dengan bahagia..

Cinta perlukan komitmen yang tinggi.. dan saye sentiase bertanye pada diri.. adakah saye sanggup untuk memberikan komitmen itu jika sudah tiba masenya..? cinta bukan la untuk difahami malah ianya untuk memahami.. cinta bukan la untuk mengalah saje.. tapi ianya untuk bekerjasama dan adanye give and take.. cinta bukan la satu permainan.. ia adalah satu cabaran juga sebenarnye.. untuk melihat sejauh mane kekuatan kite mempertahankannye.. cinta adalah sesuatu yang suci.. dan kite sebagai manusia.. perlulah menghiasi setiap ruang cinta dengan sebaik baiknya.. semoga ia kekal abadi.. insyaALLAH..

Cinta itu bukan untuk disakiti.. kerana apa? kerana ia lahir dengan kegembiraan.. semua yang bercinta rasa gembira bukan..? maka.. sepatutnya ia haruslah di akhiri dengan kebahagian.. maka semarakkan la rasa cinta dengan keimanan.. Cinta pada ALLAH SWT yang utama perlu sentiasa disemaikan.. insyaALLAH bahagia hendaknya.. :)

P/s : saje memberi pandangan saye tentang cinta.. :) semoga kite semua bertemu dengan cinta sejati.. insyaALLAH.. :)


0 comments: