Mari mari.. saya mahu berbicara tentang cinta yang saya hadapi.. geli? anda boleh la click pada butang pangkah (x) diatas penjuru sebelah kanan, jika masih malas berbuat demikian, click saja esc key, cara ini mungkin lebih memuaskan bagi sesiapa yang rasa begitu geli sehingga mahu menukar baju.. hahahahaha.. :))
cinta? erm.. saya mula-mula bercinta pada sekitar tahun 2005.. haha.. cinta pertama yang amat merumitkan kepala minda saya ini dan ia kemudiannya makin memudaratkan diri saya, dan dengan rela hati saya melepaskannya.. huahuahua.. saya terjatuh hati guling-guling dengan seorang jejaka yang sangat baik pada mulanya, huhu.. akan tetapi.. jodoh tidak ada, perang memerangi berlaku, luaran saja yang baik rupanya.. dalaman? haha.. mungkin dia baik.. dan mungkin cuma keadaan yang memaksa beliau bertindak sebegitu.. saya akui, begitu sukar bagi diri saya hendak melupakannya.. agak cis del juga.. saya amat terseksa, banyak juga air mata yang mengalir dan saiz mata saya sudah seperti bebola ikan yang nampak enak jika dimakan begitu saja.. huhu.. itu lah yang dikata kan cinta pertama tuan-tuan dan puan-puan.. sebab berlakunya pertelingkahan? biarlah menjadi rahsia kami sahaja.. tetapi peritnya masih dirasai sehingga kini, terutamanya ketika saya melihat atau TERlihat foto-fotonya, TERingat kenangan-kenangan dengannya. Akan tetapi, akan tetapi ya tuan-tuan dan puan-puan, tidak mengapa, hidup mesti diteruskan, sebab saya percaya tidaklah penting bagi saya untuk memikirkan dirinya yang begitu senang melupakan saya, saya masih ada keluarga yang saya cintai, lagipun, masih terlalu muda untuk saya menderita tentang cinta.. yahahahahaha..
Saya akui sekali lagi, pada mulanya, memang saya tidak boleh untuk menyukai lelaki lain.. (cam la hot!!) haha.. maksud saya, saya cuba untuk suka lelaki lain..(usha sane-sini), tetapi tidak berjaya, saya masih teringat-ingat kan nya. Ish ish ish.. itulah penangan cinta pertama, sedangkan saya dan dia memang tidak boleh ngam lagi.. mungkin jika bertemu kami akan bercakaran, bertamparan dan bertumbukan. Memang sangat pedih hati saya pabila dia dengan selamba nya mereka-reka cerita tentang diri saya, rasanya seperti mahu ku libas laju-laju dirinya itu, tetapi diri ini masih bersabar.. huhu.. kerana apa? kerana saya tidak langsung boleh melupakannya!! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! :((
Tetapi kini, ALHAMDULILLAH, hati saya sudah boleh melupakan dia secara perlahan-lahan.. betapa indahnya rasa.. heeeeee.. ;) saya juga sudah bisa atau boleh dalam bahasa malaysia, untuk menyukai orang lain yang jauh lebih baik dari dia.. :)
Iya iya!! saya sudah suka pada orang lain.. orang itu sangat la baik dannnnn berbudi bahasa.. haha.. hidup saya kini lebih tenang dari dahulu kala semasa menghadapi penderitaan cinta pertama.. saya amat bersyukur kepada ALLAH SWT dan kini saya boleh tersenyum gembira!! yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!
*maaf kerana mengguna kan ayat skema, ini adalah kerana saya rasa begitu tenang pabila berskema dalam bercerita, dan kemaafan dipinta sekali lagi, jika jalan cerita agak merepek dan mungkin berterabur atau bersepah, saya bukan lah A.Samad Said yang hebat bersastera.. hihi..
;)
Saturday, January 10, 2009
Berbicara Tentang Cinta Pertama..
Posted by || hanie_muhamad || at 4:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
haha ini adalah yg terbaik!
hehe.. Swheet nyee.. luv story.. :)
Post a Comment